Followers

Thursday 17 March 2011

sekadar bingkisan........

16 / 03 / 2011


Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila, dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel -kah. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut :
Harga barang itu berapa ?
Selain itu, terdapat tiga bentuk kata ganti nama yang digunakan juga sebagai kata tanya, iaitu apa, siapa dan mana, contohnya :
Yang di dalam kotak itu apa?
Baju baharu saya mana?

Jadi, kesimpulannya, kata tanya tidak boleh sama sekali berada ditengah-tengah ayat seperti dalam gambar dalam ayat di atas kecuali berlaku penambahan partikal -kah dihujungnya dan penggandaan kata tanya seperti apa-apa, mana-mana yang membolehkannya untuk berada ditengah ayat.

No comments:

Post a Comment