Followers

Wednesday 16 March 2011

Kisahku...minggu pertama.

21 / 01 / 2011 (JUMAAT)

Pukul 3.00 petang


Cuba perhatikan petikan teks di atas, terdapatnya kesalahan ejaan yang amat ketara dalam ayat tersebut. “ gumbira ”, sepatutnya ejaan yang betul ialah “gembira ”. Jika diteliti mungkin kita melihat ayat di atas itu bersahaja, namun penggunaan seperti ini jika dibiarkan pastinya akan menjadi salah satu “ penyakit Bahasa ” untuk suatu tempoh masa nanti. Majalah-majalah yang terdapat di pasaran merupakan salah satu daripada bahan yang menjadi kesukaan terutama golongan Remaja hari ini. Kesalahan ini jika tidak dipantau, pastinya akan memberi kesan yang negatif kepada masyarakat, khususnya golongan Remaja. Selain itu, budaya seperti ini pastinya akan membawa masalah dalam sesuatu proses pembelajaran di Sekolah nanti, terutama dalam mengeja sesuatu perkataan dengan betul kerana mereka telah terbiasa dengan ejaan yang salah seperti dalam petikan di atas. Perkara ini sepatutnya tidak dianggap remeh oleh pihak berwajib dalam membina generasi yang mempunyai lambang dan identiti sebagai salah seorang ahli masyarakat yang bergelar “ Melayu ”.

No comments:

Post a Comment