18 / 02 / 2011 (khamis)
pukul 10 malam
Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya seperti :
Ibunya bekerja di sekolah itu.
Kata sendi nama di tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman seperti :
Raja Iskandar memerintah di zaman itu. Sepatutnya :
Raja Iskandar memerintah pada zaman itu.
Manakala, kata sendi nama “ di ” seharusnya dirapatkan ejaannya apabila bertemu dengan kata kerja dan bagi menunjukkan ayat itu adalah ayat pasif seperti ditendang, diterajang, dipukul dan seumpamanya lagi. Cuba perhatikan petikan teks dalam gambar di atas, kesalahan penggunaan bahasa terdapat pada frasa “ diatas ” yang dirangkumkan atau dirapatkan ejaannya. Atas bukan kata kerja yang menunjukkan perbuatan jadi kata sendi “ di ” tidak boleh dirapatkan ejaannya.
untuk berjaya dalam sesuatu perkara, salah satu perkara utama yang perlu kita lakukan ialah dengan menongkah arus... namun, selalunya kita akan dipandang serong oleh masyarakat sekeliling....dan saya selalu "menghijrahkan" diri saya kerana saya tahu setiap hijrah yang saya lakukan pastinya akan memberi 1001 kebaikan kepada saya....
No comments:
Post a Comment