20 / 01`/ 2011 (Khamis)
Pukul 7.30 a.m
Sewaktu kami semua iaitu pelajar-pelajar Upsi berebut-rebut dan bertolak-tolak di antara satu sama lain hendak menaiki bus dari KHA ke Proton City, saya telah terdengar penggunaan ayat dan kata yang mencarut yang telah terkeluar secara spontan dari mulut salah seorang pelajar yang saya sendiri tidak kenali. Pelajar tadi telah menyebut “ nate bengong pijak kasut aku!!!”, penggunaan ayat yang mencarut ini telah dicampuri sekali dengan dialek negeri tempatan.
Sepatutnya, walaupun kita terkejut, kita tidak boleh mengeluarkan kata-kata yang kesat kepada orang lain kerana jika kita lihat dari segi hukum sekalipun, kata-kata kesat tidak boleh digunakan. Bagi mereka yang beragama islam, kata-kata spontan terbaik yang patut dilafazkan andai jika kita terkejut dengan sesuatu ialah “allahuakhbar”, atau “astargfirullahhala’azim”. Sebaik-baik kata adalah kata yang mengingatkan kita kepada Allah s.w.t.
untuk berjaya dalam sesuatu perkara, salah satu perkara utama yang perlu kita lakukan ialah dengan menongkah arus... namun, selalunya kita akan dipandang serong oleh masyarakat sekeliling....dan saya selalu "menghijrahkan" diri saya kerana saya tahu setiap hijrah yang saya lakukan pastinya akan memberi 1001 kebaikan kepada saya....
No comments:
Post a Comment