Followers

Wednesday 16 March 2011

Kisahku.....seterusnya.

7 / 03 / 2011 (isnin)


kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Ciri ini membezakannya daripada kata sendi nama daripada yang hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau unsur perbezaan. Contoh penggunaan kata sendi dari adalah seperti berikut :

Angin kencang bertiup dari arah selatan.
(bukan : angin kencang bertiup daripada arah selatan)

Cuba perhatikan dalam petikan gambar di atas terdapat banyak kesalahan bahasa terutama penggunaan “dari” yang tidak menepati hukum tatabahasa.

Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila, dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel -kah. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut :
Harga barang itu berapa ?
Selain itu, terdapat tiga bentuk kata ganti nama yang digunakan juga sebagai kata tanya, iaitu apa, siapa dan mana, contohnya :
Yang di dalam kotak itu apa?
Baju baharu saya mana?

Jadi, kesimpulannya, kata tanya tidak boleh sama sekali berada ditengah-tengah ayat seperti dalam gambar dalam ayat di atas kecuali berlaku penambahan partikal -kah dihujungnya. Perhatikan penggunaan kata tanya “ bila ” dalam petikan teks dalam gambar di atas yang tidak menepati hukum tatabahasa.

No comments:

Post a Comment