Popular Posts

Followers

Thursday 17 March 2011

sekadar bingkisan........

17 / 03 / 2011


Kata nama tunggal juga merangkumi kata nama akronim, iaitu perkataan yang dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan. Bahagian-bahagian perkataan itu boleh terdiri daripada huruf, suku kata, atau bahagian daripada perkataan.

Berdasarkan cara percantuman bahagian-bahagian perkataan itu, kata nama akronim boleh dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat jenis, iaitu :

• kata nama akronim cantuman huruf awal perkataan.

• kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan.

• kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan.

• kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya.

i ) kata nama akronim cantuman huruf awal perkataan.

Kata nama akronim yang dibentuk melalui percantuman huruf awal beberapa perkataan kebanyakkannya terdiri daripada nama khas : oleh itu, dieja dengan huruf besar keseluruhannya, contohnya :

ADUN – Ahli Dewan Undangan Negeri.

ABIM – Angkatan Belia Islam Malaysia.

ii ) kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan

kata nama akronim jenis ini terhasil daripada cantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan. Kata nama akronim jenis ini juga membentuk kata nama khas : oleh itu, ejaannya juga bermula dengan huruf besar, contohnya :

Perhilitan – Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara.

Proton – Perusahaan Otomobil Nasional.

Iii ) kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan.

Kata nama akronim jenis ini dibentuk melaui percantuman suku kata awal sejumlah perkataan. Jikalau yang terbentuk itu kata nama khas, ejaannya bermula dengan huruf besar, contohnya :

Bernama – Berita Nasional Malaysia.

Tadika – taman didikan kanak-kanak.

Kugiran – kumpulan gitar rancak.

Iv ) kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian bukan awal perkataan yang lain, contohnya :

Jentolak – jentera tolak.

Jenama – jenis nama.


Jika kita teliti petikan dalam gambar di atas, kata nama akronim “kugirang” telah dieja secara salah, dan hal ini mungkin akan menyebabkan makna asalnya berubah. Rujuk (iii).

sekadar bingkisan........

16 / 03 / 2011


Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila, dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel -kah. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut :
Harga barang itu berapa ?
Selain itu, terdapat tiga bentuk kata ganti nama yang digunakan juga sebagai kata tanya, iaitu apa, siapa dan mana, contohnya :
Yang di dalam kotak itu apa?
Baju baharu saya mana?

Jadi, kesimpulannya, kata tanya tidak boleh sama sekali berada ditengah-tengah ayat seperti dalam gambar dalam ayat di atas kecuali berlaku penambahan partikal -kah dihujungnya dan penggandaan kata tanya seperti apa-apa, mana-mana yang membolehkannya untuk berada ditengah ayat.

sekadar bingkisan........

15 / 03 / 2011


Jika kita melihat kepada petikan dalam gambar dalam teks di atas, “samada” telah dieja secara rapat dan hal ini salah kerana samada bukan kata majmuk yang telah mantap.
Kata nama majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh disisipkan kepada sebarang unsur. Kata nama majmuk dalam bahasa Melayu besar jumlahnya. Kata nama majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

• Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas seperti guru besar.

• Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah seperti temu duga dan,

• Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan seperti cakar ayam.

Selain itu, terdapat juga kata majmuk yang telah mantap ejaannya walaupun kata tersebut mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan., seperti bumiputra, jawatankuasa dan banyak lagi. Dalam petikan dalam gambar di atas, samada bukanlah kata majmuk yang telah mantap jadi perlu dieja secara terpisah sama ada.

sekadar bingkisan........

15 / 03 / 2011


Jika kita melihat kepada petikan dalam gambar dalam teks di atas, “temubual” telah dieja secara rapat dan hal ini salah kerana temubual” bukan kata majmuk yang telah mantap.
Kata nama majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh disisipkan kepada sebarang unsur. Kata nama majmuk dalam bahasa Melayu besar jumlahnya. Kata nama majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

• Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas seperti guru besar.

• Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah seperti temu duga dan,

• Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan seperti cakar ayam.

Selain itu, terdapat juga kata majmuk yang telah mantap ejaannya walaupun kata tersebut mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan., seperti bumiputra, jawatankuasa dan banyak lagi. Dalam petikan dalam gambar di atas, temubual” bukanlah kata majmuk yang telah mantap jadi perlu dieja secara terpisah temubual”.

sekadar bingkisan........

14 / 03 / 2011


Jika kita melihat kepada petikan dalam gambar dalam teks di atas, “ulangtahun” telah dieja secara rapat dan hal ini salah kerana ulangtahun bukan kata majmuk yang telah mantap.
Kata nama majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh disisipkan kepada sebarang unsur. Kata nama majmuk dalam bahasa Melayu besar jumlahnya. Kata nama majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

• Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas seperti guru besar.

• Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah seperti temu duga dan,

• Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan seperti cakar ayam.

Selain itu, terdapat juga kata majmuk yang telah mantap ejaannya walaupun kata tersebut mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan., seperti bumiputra, jawatankuasa dan banyak lagi. Dalam petikan dalam gambar di atas, ulangtahun bukanlah kata majmuk yang telah mantap jadi perlu dieja secara terpisah ulangtahun.

Kisahku.....

12 / 03 / 2011







Percampuran bahasa rojak seperti di atas sekali lagi telah memberikan kesan yang negatif kepada para pembaca. Hal ini sedia maklum, umumnya mengetahui golongan majoriti yang membaca majalah adalah golongan Remaja kita pada hari ini. Frasa “ perform dan stage ” contohnya, sepatutnya dimelayukan menjadi “ persembahan dan pentas ” dan begitu juga dengan frasa-frasa lain yang terdapat dalam ayat dalam gambar di atas, atau jika ingin menggunakan bahasa Inggeris maka gunakanlah bahasa Inggeris sepenuhnya.
Kesan yang paling ketara ialah kepada pelajar-pelajar sekolah yang mungkin boleh mempengaruhi mereka dalam penggunaannya sewaktu proses pembelajaran di sekolah nanti sama ada secara lisan mahupun tulisan.

Wednesday 16 March 2011

Kisahku.....lagi.

13 / 03 / 2011 (ahad)


Seperti biasa muka belakang akhbar sememangnya berkenaan dengan sukan. Cuba perhatikan “ Final Impian ”, kita semua sedia maklum bahawa final merupakan istilah bahasa Inggeris yang membawa maksud akhir. Sepatutnya percampuran seperti di atas tidak berlaku. Jika ingin menggunakan bahasa Inggeris maka gunakanlah sepenuhnya bahasa Inggeris seperti “ Final Hope “ dan jika ingin menggunakan bahasa Melayu maka gunakanlah bahasa Melayu sepenuhnya seperti “ Impian Terakhir “.
Media sememangnya berperanan penting dalam memartabatkan Bangsa dan Bahasa kerana media merupakan salah satu daripada wadah utama dalam menyampaikan dan menyebarkan sesuatu perkara umumnya kepada masyarakat di Negara ini. Jika peranan ini tidak dilaksanakan dengan betul pasti kesannya akan dirasai oleh generasi yang akan datang.