19/02/2011 (sabtu)
pukul 4 petang.
Pada setiap hujung minggu petang sabtu, di pekan Tanjung Malim selalunya diadakan pasar malam yang bermula pada jam 5 petang sehingga 11 malam. secara kebetulannya hujung minggu ini saya keluar membeli sedikit barangan keperluan harian dan saya tidak melepaskan peluang untuk merayau-rayau dalam kawasan sekitar pasar malam ini. Sewaktu saya berjalan-jalan dengan kawan sebilik saya di sini, saya memerhatikan terdapatnya banyak kesalahan tatabahasa iaitu dari segi ejaan contohnya yang digunakan pada papan tanda harga dan barang-barang seperti “ kilo, renggit, dan banyak lagi” . Pelbagai singkatan dan kesalahan ejaan telah digunakan secara meluasnya di hampir setiap gerai yang terdapat dalam kawasan pasar malam ini. Seharusnya badan-badan yang berkaitan dan bertanggungjawab dapat menegur akan permasalahan ini agar tidak terus menular penggunaannya dalam masyarakat.
untuk berjaya dalam sesuatu perkara, salah satu perkara utama yang perlu kita lakukan ialah dengan menongkah arus... namun, selalunya kita akan dipandang serong oleh masyarakat sekeliling....dan saya selalu "menghijrahkan" diri saya kerana saya tahu setiap hijrah yang saya lakukan pastinya akan memberi 1001 kebaikan kepada saya....
No comments:
Post a Comment