28 / 02 / 2011 (isnin)
Pukul 1.00 tengahari
Semasa saya sedang mengambil lauk-pauk untuk makan tengahari, saya terdengar penyebutan kosa kata yang tidak bertepatan dengan ayat atau tidak sesuai digunakan. Saya terdengar pelajar A menyebut “acu wak mari aye ko kawe so!”, cuba perhatikan dialog itu. Dalam dialog tadi, terdapatnya penggunaan bahasa dialek negeri, namun kesalahan yang ketara ialah “aye so” sepatutnya “setongkol atau sepaha ayam”. Hal ini kerana dalam dialek Kelantan, “so” merujuk kepada seekor, satu, sebuah dan seumpamanya yang menggambarkan penjodoh bilangan. “so” dalam ayat di atas merujuk kepada seekor ayam. Mungkin kita hanya menyebut sec ara suka-suka, tetapi ayat tadi telah menjadi tidak gramtis kerana kesalahan penyebutan yang dilakukan itu tadi. Kita seharusnya menggunakan bahasa yang betul.
untuk berjaya dalam sesuatu perkara, salah satu perkara utama yang perlu kita lakukan ialah dengan menongkah arus... namun, selalunya kita akan dipandang serong oleh masyarakat sekeliling....dan saya selalu "menghijrahkan" diri saya kerana saya tahu setiap hijrah yang saya lakukan pastinya akan memberi 1001 kebaikan kepada saya....
No comments:
Post a Comment