Followers

Wednesday 16 March 2011

Kisahku.....

4 / 03 / 2011 (jumaat)

Umum kita mengetahui bahawa setiap hari jumaat bagi yang beragama islam, wajib bagi lelaki menghadiri solat jumaat pada waktu zohor. Sebelum solat jumaat dua rakaat, terdapatnya khutbah jumaat. Tajuk khutbah jumaat pada hari ini di masjid Hulu Bernam ialah berkenaan riba dalam sistem perbankkan di Malaysia. kita mengetahui sesungguhnya riba itu haram di sisi islam. Namun, menurut kandungan khutbah hari ini, terdapatnya segelintir masyarakat yang “menghalalkan” riba kerana mereka berkata susah untuk mendapatkan sebarang pekerjaan dan riba sememangnya memudahkan segala urusan pekerjaan , terutamanya dalam sistem perbankkan. Semasa khatib membaca khutbah, terdapatnya kesalahan bahasa yang sempat saya kesan iaitu “ tak apalah kita melakukan dosa sekali-sekali.....”. Saya sendiri tidak pasti sama ada khatib tadi tersalah baca atau teks yang diberikan kepadanya itu sememangnya tersalah taip. Ayat yang sepatutnya ialah “ tak apalah kita melakukan dosa sekali-sekala......”. dalam hal ini berlakunya penggunaan kata ganda yang tidak tepat dan sesuai dengan ayat.

No comments:

Post a Comment