Popular Posts

Followers

Wednesday 16 March 2011

Kisahku...minggu kedua.

25 / 01 / 2011 (SELASA)

Pukul 9.00 malam.

Semasa saya dan rakan sebilik dalam perjalanan ke kedai makan, semasa melintasi pondok pengawal kolej kediaman saya iaitu Kolej Harun Aminurrashid, saya telah terdengar satu dialog pendek di antara Pak Cik pengawal dengan salah seorang penghuni lain yang sama kolej dengan saya. Dalam dialog tersebut terdapatnya beberapa kesalahan dari segi penggunaan bahasa yang betul. Kita ikuti dialog mereka di bawah ini.

Pak Cik pengawal : daripada mana kamu semua datang ini? Kad matrik mana?
Pelajar : ooh...saya mari rumah kawan tadi, Kad matrik ada dalam beg....
Pak Cik pengawal : jangan simpan kad tu...pakai sekarang.....
Pelajar : baiklah Pak Cik.

Sepatutnya, jika kita meneliti ayat dan dari segi penggunaan kosa kata yang betu ladalah seperti dibawah ini.

Pak Cik pengawal : kamu semua datang dari mana? Kad matrik kamu semua di mana?
Pelajar : ooh....saya daripada rumah kawan sebentar tadi, kad matrik ada di dalam beg....

No comments:

Post a Comment