Followers

Wednesday 16 March 2011

Kisahku...minggu ketiga.

15 / 02 / 2011 (selasa)

pukul 2.00 petang


Ruangan cerita kartun dalam sesuatu akhbar atau majalah sememangnya menjadi salah satu daripada ruangan yang paling suka dibaca oleh masyarakat kita pada hari ini. Namun, jika diperhatikan ruangan ini juga mampu memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat, sama ada pengaruh positif mahupun negatif . Salah satu daripada pengaruh yang mampu dibawa oleh ruangan ini selain isi ceritanya atau mesej yang ingin disampaikan ialah dari segi bahasa yang digunakan. Cuba perhatikan petikan dialog di atas, percampuran bahasa tidak sepatutnya berlaku.

Jika kita ingin menggunakan bahasa Inggeris maka gunakanlah bahasa Inggeris sepenuhnya dan sebaliknya juga bagi bahasa Melayu. “ i dan u ” dalam dialog di atas sepatutnya ditukarkan dan digunakan dalam bahasa Melayu atau teks dialog tersebut digunakan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Begitu juga dengan ayat yang digunakan seharusnya dinilai dari segi tatabahasanya seperti kedudukan subjek, predikat, dari segi kesonsangan ayat dan seumpamanya lagi kerana ruangan ini mampu mempengaruhi bahasa yang akan digunakan oleh ahli-ahli masyarakat dalam kehidupan sehari-hariannya.

No comments:

Post a Comment