Popular Posts

Followers

Thursday 17 March 2011

sekadar bingkisan........

17 / 03 / 2011

Kata nama tunggal juga merangkumi kata nama akronim, iaitu perkataan yang dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan. Bahagian-bahagian perkataan itu boleh terdiri daripada huruf, suku kata, atau bahagian daripada perkataan.

Berdasarkan cara percantuman bahagian-bahagian perkataan itu, kata nama akronim boleh dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat jenis, iaitu :

• kata nama akronim cantuman huruf awal perkataan.

• kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan.

• kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan.

• kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya.

i ) kata nama akronim cantuman huruf awal perkataan.

Kata nama akronim yang dibentuk melalui percantuman huruf awal beberapa perkataan kebanyakkannya terdiri daripada nama khas : oleh itu, dieja dengan huruf besar keseluruhannya, contohnya :

ADUN – Ahli Dewan Undangan Negeri.

ABIM – Angkatan Belia Islam Malaysia.

ii ) kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan

kata nama akronim jenis ini terhasil daripada cantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan. Kata nama akronim jenis ini juga membentuk kata nama khas : oleh itu, ejaannya juga bermula dengan huruf besar, contohnya :

Perhilitan – Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara.

Proton – Perusahaan Otomobil Nasional.

Iii ) kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan.

Kata nama akronim jenis ini dibentuk melaui percantuman suku kata awal sejumlah perkataan. Jikalau yang terbentuk itu kata nama khas, ejaannya bermula dengan huruf besar, contohnya :

Bernama – Berita Nasional Malaysia.

Tadika – taman didikan kanak-kanak.

Kugiran – kumpulan gitar rancak.

Iv ) kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian bukan awal perkataan yang lain, contohnya :

Jentolak – jentera tolak.

Jenama – jenis nama.

Jika kita teliti petikan dalam gambar di atas, kata nama akronim “kugirang” telah dieja secara salah, dan hal ini mungkin akan menyebabkan makna asalnya berubah. Rujuk (iii).

sekadar bingkisan........

16 / 03 / 2011

Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila, dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel -kah. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut :
Harga barang itu berapa ?
Selain itu, terdapat tiga bentuk kata ganti nama yang digunakan juga sebagai kata tanya, iaitu apa, siapa dan mana, contohnya :
Yang di dalam kotak itu apa?
Baju baharu saya mana?

Jadi, kesimpulannya, kata tanya tidak boleh sama sekali berada ditengah-tengah ayat seperti dalam gambar dalam ayat di atas kecuali berlaku penambahan partikal -kah dihujungnya dan penggandaan kata tanya seperti apa-apa, mana-mana yang membolehkannya untuk berada ditengah ayat.

sekadar bingkisan........

15 / 03 / 2011

Jika kita melihat kepada petikan dalam gambar dalam teks di atas, “samada” telah dieja secara rapat dan hal ini salah kerana samada bukan kata majmuk yang telah mantap.
Kata nama majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh disisipkan kepada sebarang unsur. Kata nama majmuk dalam bahasa Melayu besar jumlahnya. Kata nama majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

• Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas seperti guru besar.

• Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah seperti temu duga dan,

• Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan seperti cakar ayam.

Selain itu, terdapat juga kata majmuk yang telah mantap ejaannya walaupun kata tersebut mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan., seperti bumiputra, jawatankuasa dan banyak lagi. Dalam petikan dalam gambar di atas, samada bukanlah kata majmuk yang telah mantap jadi perlu dieja secara terpisah sama ada.

sekadar bingkisan........

15 / 03 / 2011

Jika kita melihat kepada petikan dalam gambar dalam teks di atas, “temubual” telah dieja secara rapat dan hal ini salah kerana temubual” bukan kata majmuk yang telah mantap.
Kata nama majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh disisipkan kepada sebarang unsur. Kata nama majmuk dalam bahasa Melayu besar jumlahnya. Kata nama majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

• Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas seperti guru besar.

• Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah seperti temu duga dan,

• Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan seperti cakar ayam.

Selain itu, terdapat juga kata majmuk yang telah mantap ejaannya walaupun kata tersebut mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan., seperti bumiputra, jawatankuasa dan banyak lagi. Dalam petikan dalam gambar di atas, temubual” bukanlah kata majmuk yang telah mantap jadi perlu dieja secara terpisah temubual”.

sekadar bingkisan........

14 / 03 / 2011

Jika kita melihat kepada petikan dalam gambar dalam teks di atas, “ulangtahun” telah dieja secara rapat dan hal ini salah kerana ulangtahun bukan kata majmuk yang telah mantap.
Kata nama majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh disisipkan kepada sebarang unsur. Kata nama majmuk dalam bahasa Melayu besar jumlahnya. Kata nama majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

• Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas seperti guru besar.

• Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah seperti temu duga dan,

• Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan seperti cakar ayam.

Selain itu, terdapat juga kata majmuk yang telah mantap ejaannya walaupun kata tersebut mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan., seperti bumiputra, jawatankuasa dan banyak lagi. Dalam petikan dalam gambar di atas, ulangtahun bukanlah kata majmuk yang telah mantap jadi perlu dieja secara terpisah ulangtahun.

Kisahku.....

12 / 03 / 2011

Percampuran bahasa rojak seperti di atas sekali lagi telah memberikan kesan yang negatif kepada para pembaca. Hal ini sedia maklum, umumnya mengetahui golongan majoriti yang membaca majalah adalah golongan Remaja kita pada hari ini. Frasa “ perform dan stage ” contohnya, sepatutnya dimelayukan menjadi “ persembahan dan pentas ” dan begitu juga dengan frasa-frasa lain yang terdapat dalam ayat dalam gambar di atas, atau jika ingin menggunakan bahasa Inggeris maka gunakanlah bahasa Inggeris sepenuhnya.
Kesan yang paling ketara ialah kepada pelajar-pelajar sekolah yang mungkin boleh mempengaruhi mereka dalam penggunaannya sewaktu proses pembelajaran di sekolah nanti sama ada secara lisan mahupun tulisan.

Wednesday 16 March 2011

Kisahku.....lagi.

13 / 03 / 2011 (ahad)

Seperti biasa muka belakang akhbar sememangnya berkenaan dengan sukan. Cuba perhatikan “ Final Impian ”, kita semua sedia maklum bahawa final merupakan istilah bahasa Inggeris yang membawa maksud akhir. Sepatutnya percampuran seperti di atas tidak berlaku. Jika ingin menggunakan bahasa Inggeris maka gunakanlah sepenuhnya bahasa Inggeris seperti “ Final Hope “ dan jika ingin menggunakan bahasa Melayu maka gunakanlah bahasa Melayu sepenuhnya seperti “ Impian Terakhir “.
Media sememangnya berperanan penting dalam memartabatkan Bangsa dan Bahasa kerana media merupakan salah satu daripada wadah utama dalam menyampaikan dan menyebarkan sesuatu perkara umumnya kepada masyarakat di Negara ini. Jika peranan ini tidak dilaksanakan dengan betul pasti kesannya akan dirasai oleh generasi yang akan datang.

Kisahku.....seterusnya.

11 / 03 / 2011 (jumaat)

Percampuran bahasa rojak seperti di atas sekali lagi telah memberikan kesan yang negatif kepada para pembaca. Hal ini sedia maklum, umumnya mengetahui golongan majoriti yang membaca majalah adalah golongan Remaja kita pada hari ini. Frasa “ tone ” contohnya, sepatutnya dimelayukan menjadi “ bunyi ” dan begitu juga dengan frasa-frasa lain yang terdapat dalam ayat dalam gambar di atas, atau jika ingin menggunakan bahasa Inggeris maka gunakanlah bahasa Inggeris sepenuhnya.
Kesan yang paling ketara ialah kepada pelajar-pelajar sekolah yang mungkin boleh mempengaruhi mereka dalam penggunaannya sewaktu proses pembelajaran di sekolah nanti sama ada secara lisan mahupun tulisan.

Kisahku.....seterusnya.

10 / 03 / 2011 (khamis)

Awalan pe- ialah imbuhan yang digandingkan pada kata dasar tanpa melibatkan apa-apa perubahan pada bunyi awal kata dasar tersebut seperti guam menjadi peguam. Awalan pe- juga penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan dalam kata dasar atau keadaan seperti petinju (orang yang bertinju). Dalam ayat dalam gambar di atas, frasa “peminat” tidak sesuai digunakan tetapi sebaliknya ayat tersebut perlu ditukarkan kepada “Remaja sekarang lebih berminat kepada lagu yang bergenre metalcore”.....

Kisahku.....seterusnya.

9 / 03 / 2011 (rabu)

Kata nama majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh disisipkan kepada sebarang unsur. Kata nama majmuk dalam bahasa Melayu besar jumlahnya. Kata nama majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas seperti guru besar.
Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah seperti temu duga dan,
Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan seperti cakar ayam.

selain itu, terdapat juga kata majmuk yang telah mantap ejaannya walaupun kata tersebut mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan., seperti bumiputra, jawatankuasa dan banyak lagi. Dalam petikan dalam gambar di atas, mukasurat bukanlah kata majmuk yang telah mantap jadi perlu dieja secara terpisah.

Kisahku.....seterusnya.

8 / 03 / 2011 (selasa)

Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya seperti :
Ibunya bekerja di sekolah itu.
Kata sendi nama di tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman seperti :
Raja Iskandar memerintah di zaman itu. Sepatutnya :
Raja Iskandar memerintah pada zaman itu.

Manakala, kata sendi nama “ di ” seharusnya dirapatkan ejaannya apabila bertemu dengan kata kerja dan bagi menunjukkan ayat itu adalah ayat pasif seperti ditendang, diterajang, dipukul dan seumpamanya lagi. Cuba perhatikan petikan teks dalam gambar di atas, kesalahan penggunaan bahasa terdapat pada frasa “ diAsia ” yang dirangkumkan atau dirapatkan ejaannya. Sepatutnya “di Asia” perlulah dieja secara terpisah rujuk penerangan di atas.
Selain itu, terdapat banyak kesalahan lain lagi dalam ayat tersebut seperti “saorang” pada pangkal ayat yang sepatutnya “seorang”. Kesalahan ejaan dan seumpamanya lagi.

Kisahku.....seterusnya.

7 / 03 / 2011 (isnin)

kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Ciri ini membezakannya daripada kata sendi nama daripada yang hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau unsur perbezaan. Contoh penggunaan kata sendi dari adalah seperti berikut :

Angin kencang bertiup dari arah selatan.
(bukan : angin kencang bertiup daripada arah selatan)

Cuba perhatikan dalam petikan gambar di atas terdapat banyak kesalahan bahasa terutama penggunaan “dari” yang tidak menepati hukum tatabahasa.

Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila, dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel -kah. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut :
Harga barang itu berapa ?
Selain itu, terdapat tiga bentuk kata ganti nama yang digunakan juga sebagai kata tanya, iaitu apa, siapa dan mana, contohnya :
Yang di dalam kotak itu apa?
Baju baharu saya mana?

Jadi, kesimpulannya, kata tanya tidak boleh sama sekali berada ditengah-tengah ayat seperti dalam gambar dalam ayat di atas kecuali berlaku penambahan partikal -kah dihujungnya. Perhatikan penggunaan kata tanya “ bila ” dalam petikan teks dalam gambar di atas yang tidak menepati hukum tatabahasa.

Kisahku.....

6 / 03 / 2011 (ahad)

kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Ciri ini membezakannya daripada kata sendi nama daripada yang hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau unsur perbezaan. Contoh penggunaan kata sendi dari adalah seperti berikut :

Angin kencang bertiup dari arah selatan.
(bukan : angin kencang bertiup daripada arah selatan)

Jadi dalam ayat dalam gambar di atas sepatutnya daripada penulis dan bukannya dari penulis.

Kisahku.....

5 / 03 / 2011 (sabtu)

Percampuran bahasa rojak seperti di atas sekali lagi telah memberikan kesan yang negatif kepada para pembaca. Hal ini sedia maklum, umumnya mengetahui golongan majoriti yang membaca majalah adalah golongan Remaja kita pada hari ini. Frasa “ tone ” contohnya, sepatutnya dimelayukan menjadi “ bunyi ” dan begitu juga dengan frasa-frasa lain yang terdapat dalam ayat dalam gambar di atas, atau jika ingin menggunakan bahasa Inggeris maka gunakanlah bahasa Inggeris sepenuhnya.
Kesan yang paling ketara ialah kepada pelajar-pelajar sekolah yang mungkin boleh mempengaruhi mereka dalam penggunaannya sewaktu proses pembelajaran di sekolah nanti sama ada secara lisan mahupun tulisan.

Kisahku.....

4 / 03 / 2011 (jumaat)

Umum kita mengetahui bahawa setiap hari jumaat bagi yang beragama islam, wajib bagi lelaki menghadiri solat jumaat pada waktu zohor. Sebelum solat jumaat dua rakaat, terdapatnya khutbah jumaat. Tajuk khutbah jumaat pada hari ini di masjid Hulu Bernam ialah berkenaan riba dalam sistem perbankkan di Malaysia. kita mengetahui sesungguhnya riba itu haram di sisi islam. Namun, menurut kandungan khutbah hari ini, terdapatnya segelintir masyarakat yang “menghalalkan” riba kerana mereka berkata susah untuk mendapatkan sebarang pekerjaan dan riba sememangnya memudahkan segala urusan pekerjaan , terutamanya dalam sistem perbankkan. Semasa khatib membaca khutbah, terdapatnya kesalahan bahasa yang sempat saya kesan iaitu “ tak apalah kita melakukan dosa sekali-sekali.....”. Saya sendiri tidak pasti sama ada khatib tadi tersalah baca atau teks yang diberikan kepadanya itu sememangnya tersalah taip. Ayat yang sepatutnya ialah “ tak apalah kita melakukan dosa sekali-sekala......”. dalam hal ini berlakunya penggunaan kata ganda yang tidak tepat dan sesuai dengan ayat.

Kisahku.....

4 / 03 / 2011 (khamis)

Pada masa kini sememangnya salah. Sebetulnya ialah Pada masa ini ataupun kini.
Masa dan kini tunjukkan waktu yang sama.

Kisahku.....

3 / 03 / 2011

Percampuran bahasa rojak seperti di atas sekali lagi telah memberikan kesan yang negatif kepada para pembaca. Hal ini sedia maklum, umumnya mengetahui golongan majoriti yang membaca majalah adalah golongan Remaja kita pada hari ini. Frasa “ Audiens ” contohnya, sepatutnya dimelayukan menjadi “ penonton-penonton” dan begitu juga dengan frasa-frasa lain yang terdapat dalam ayat dalam gambar di atas, atau jika ingin menggunakan bahasa Inggeris maka gunakanlah bahasa Inggeris sepenuhnya.
Kesan yang paling ketara ialah kepada pelajar-pelajar sekolah yang mungkin boleh mempengaruhi mereka dalam penggunaannya sewaktu proses pembelajaran di sekolah nanti sama ada secara lisan mahupun tulisan.

Kisahku...minggu kelima.

2 / 03 / 2011 (Rabu)

Salah satu kursus yang saya ambil pada semester ini ialah kursus drama amali seni lakon. Kebiasaannya sewaktu dalam kuliah drama ini, para pelajar banyak diajar secara praktikal untuk berdrama dengan baik. Sewaktu salah seorang daripada kawan saya sedang membuat praktikal drama di hadapan kelas, saya telah terdengar terdapatnya satu kesalahan bahasa yang telah terkeluar daripada mulut kawan saya itu, iaitu “saya akan ke sana!, beta berasa sungguh hairan, sedangkan.......”. berdasarkan pembelajaran saya sebelum ini, bahasa sememangnya mempunyai larasnya yang tersendiri. Terdapat beberapa jenis laras bahasa termasuklah salah satu daripadanya ialah laras bahasa istana. Sebetulnya, bahasa yang digunakan dalam setiap laras ini tidak boleh bercampur dengan laras-laras bahasa yang lain. Jika kita menggunakan bahasa istana, maka gunakan sepenuhnya dan tidak boleh mencampuradukkannya dengan laras bahasa yang lain. Dalam kes di atas, kita sedia maklum bahawa gelaran diri bagi sultan atau raja ialah beta dan bukannya saya. Walaupun itu hanyalah sebuah lakonan semata-mata, namun hal-hal sebegini seharusnya dipandang dengan sewajarnya. Namun saya juga tidak mendapat kepastian sama ada skrip itu tersalah taip atau seumpamanya, yang pasti terdapatnya kesalahan penggunaan bahasa di situ. Sekian. Huhuhu...jangan mare ye.....

Kisahku...minggu kelima.

1 / 03 / 2011 (selasa)

pukul 11.00 malam

Dalam ayat di atas, terdapatnya beberapa kesalahan ejaan seperti “ Telivisyen ” yang sepatutnya “ Televisyen ” . Selain itu, “ diMalaysia ” sepatutnya dieja terpisah “di Malaysia ”. rujuk tatabahasa Dewan dan penerangan dalam diari saya sebelum ini tentang kata sendi “di”.

Kisahku...minggu kelima.

28 / 02 / 2011 (isnin)

Pukul 1.00 tengahari

Semasa saya sedang mengambil lauk-pauk untuk makan tengahari, saya terdengar penyebutan kosa kata yang tidak bertepatan dengan ayat atau tidak sesuai digunakan. Saya terdengar pelajar A menyebut “acu wak mari aye ko kawe so!”, cuba perhatikan dialog itu. Dalam dialog tadi, terdapatnya penggunaan bahasa dialek negeri, namun kesalahan yang ketara ialah “aye so” sepatutnya “setongkol atau sepaha ayam”. Hal ini kerana dalam dialek Kelantan, “so” merujuk kepada seekor, satu, sebuah dan seumpamanya yang menggambarkan penjodoh bilangan. “so” dalam ayat di atas merujuk kepada seekor ayam. Mungkin kita hanya menyebut sec ara suka-suka, tetapi ayat tadi telah menjadi tidak gramtis kerana kesalahan penyebutan yang dilakukan itu tadi. Kita seharusnya menggunakan bahasa yang betul.

Kisahku...minggu kelima.

27 / 02 / 2011 (ahad)

pukul 11.00 pagi

Semasa saya membeli makanan di kedai tadi, saya ternampak kesalahan bahasa pada papan tanda harga iaitu “kilo”. Sepatutnya singkatan bagi kilogram ialah “kg”. Sikap pengguna dan ditambah pula pihak berkuasa yang tidak bertanggungjawab dalam memantau hal ini telah menyebabkan penggunaan singkatan yang salah dalam kalangan peniaga semakin berleluasa dan menjadi-menjadi. Keadaan ini jika tidak dipantau dan dipandang dengan serius pasti akan menjadi suatu kebiasaan kepada masyarakat suatu masa nanti.

Kisahku...minggu kelima.

26 / 02 / 2011 (sabtu)

pukul 11.00 malam

Mengikut hasil pembelajaran morfologi saya sebelum ini, nombor satu angka atau bermula kosong sehingga sembilan perlulah dieja dalam bentuk perkataan. Dalam gambar di atas, terdapat juga beberapa kesalahan lain namun saya hanya ingin menekankan kepada
penggunaan nombor dalam ayat sahaja contohnya 1 perlu dieja “satu”.

Kisahku...minggu keempat.

25 / 02 / 2011 (jumaat )

pukul 10.00 malam

Dalam gambar di atas, terdapat banyak kesalahan tatabahasa seperti “di kalangan” yang sepatutnya “ dalam kalangan”, ayat yang tidak gramatis dan banyak lagi. Namun, saya hanya ingin menyentuh tentang percampuran bahasa sahaja. Percampuran bahasa rojak seperti di atas sekali lagi telah memberikan kesan yang negatif kepada para pembaca. Hal ini sedia maklum, umumnya mengetahui golongan majoriti yang membaca majalah adalah golongan Remaja kita pada hari ini. Frasa “ Sound chek” contohnya, sepatutnya dimelayukan menjadi “ menguji bunyi” dan begitu juga dengan frasa-frasa lain yang terdapat dalam ayat dalam gambar di atas, atau jika ingin menggunakan bahasa Inggeris maka gunakanlah bahasa Inggeris sepenuhnya.
Kesan yang paling ketara ialah kepada pelajar-pelajar sekolah yang mungkin boleh mempengaruhi mereka dalam penggunaannya sewaktu proses pembelajaran di sekolah nanti sama ada secara lisan mahupun tulisan.

Kisahku...minggu keempat.

24 / 02 / 2011 (khamis)

pukul 5.30 petang

Pada petang tadi rakan sebilik saya telah meminta saya untuk menemaninya ke pasaraya untuk membeli barangan keperluan harian. Saya dengan hati yang terbuka telah menerima pelawaannya itu kerana salah satu daripada hobi saya ialah berjalan-jalan, walaupun tempat yang ingin dituju itu hanyalah sebuah pasaraya. Semasa saya dan dia sedang memilih barang-barang keperluan di dalam pasaraya yang agak besar dan tidak jauh dari pekan Tanjung Malim ini, secara tidak sengaja juga sewaktu melintasi bahagian kios yang menjual jam tangan dan cincin-cincin, saya telah terdengar dialog pendek di antara seorang penjual dengan pembeli yang terdapatnya kesalahan tatabahasa iaitu dari segi penggunaan penjodoh bilangan yang tidak tepat.

Penjual : try la kak cincin ni!....ada banyak pilihan ni, cincin baru sampai semua ni....
Pembeli : o..ye ke, harga macam mana ni dik?...
Penjual : kak tengok-tengok dulu kot-kot ada yang tertawan di hati..
Pembeli : harga tak tahu lagi, takut gak nak pilih-pilih ni, mahal nantikan!...
Penjual : sebuah cincin ni berharga rm100 hingga ke rm250 je kak.....

Sepatutnya, penjodoh bilangan yang sesuai bagi cincin ialah “sebentuk cincin” bukannya “sebuah cincin”. Sebuah biasa kita gunakan untuk menyatakan sesuatu seperti kereta, rumah, motosikal dan seumpamanya lagi. Sila rujuk tatabahasa dewan untuk penerangan yang lebih lanjut bagi penjodoh bilangan. selain itu, terdapat banyak lagi kesalahan bahasa lain dalam dialog itu tadi seperti baru sebetulnya baharu dan banyak lagi.

Kisahku...minggu keempat.

23 / 02 / 2011 (Rabu)

pukul 10.00 malam

Percampuran bahasa rojak seperti di atas sekali lagi telah memberikan kesan yang negatif kepada para pembaca. Hal ini sedia maklum, umumnya mengetahui golongan majoriti yang membaca majalah adalah golongan Remaja kita pada hari ini. Frasa “ Sound ” contohnya, sepatutnya dimelayukan menjadi “ bunyi ” dan begitu juga dengan frasa-frasa lain yang terdapat dalam ayat dalam gambar di atas, atau jika ingin menggunakan bahasa Inggeris maka gunakanlah bahasa Inggeris sepenuhnya.
Kesan yang paling ketara ialah kepada pelajar-pelajar sekolah yang mungkin boleh mempengaruhi mereka dalam penggunaannya sewaktu proses pembelajaran di sekolah nanti sama ada secara lisan mahupun tulisan.

Kisahku...minggu keempat.

22 / 02 / 2011 (selasa)

pukul 2.00 petang.

Kuliah saya pada hari selasa sememangnya agak padat. Kebiasaannya, saya akan solat zohor di surau Hal-ehwal Pelajar UPSI sebelum menghadiri kuliah seterus yang bermula pada pukul 2 petang di dewan kuliah C yang terletak berhadapan dengan bangunan HEP. Sewaktu saya sedang meletakkan motosikal saya di tempat letak motosikal yang telah di sediakan khas untuk pelajar-pelajar, secara tidak sengaja saya telah terdengar salah seorang daripada pelajar UPSI yang sama dengan saya juga sedang meletakkan motosikalnya, telah mengeluarkan sepotong ayat yang agak kasar dan kesat iaitu “babi mana buat sampah dalam raga motosikal aku ni!”. Sebagai pelajar sepatutnya bahasa sebegitu tidaklah sesuai digunakan andai kita dalam keadaan marah yang teramat sekalipun. Sesungguhnya kesabaran itu juga separuh daripada iman. Bahasa yang kita gunakan secara tidak langsung telah melambangkan tahap ilmu dan personaliti peribadi kita sendiri bagi masyarakat sekeliling kita yang melihat dan mendengar amnya.

Kisahku...minggu keempat.

19/02/2011 (sabtu)

pukul 4 petang.

Pada setiap hujung minggu petang sabtu, di pekan Tanjung Malim selalunya diadakan pasar malam yang bermula pada jam 5 petang sehingga 11 malam. secara kebetulannya hujung minggu ini saya keluar membeli sedikit barangan keperluan harian dan saya tidak melepaskan peluang untuk merayau-rayau dalam kawasan sekitar pasar malam ini. Sewaktu saya berjalan-jalan dengan kawan sebilik saya di sini, saya memerhatikan terdapatnya banyak kesalahan tatabahasa iaitu dari segi ejaan contohnya yang digunakan pada papan tanda harga dan barang-barang seperti “ kilo, renggit, dan banyak lagi” . Pelbagai singkatan dan kesalahan ejaan telah digunakan secara meluasnya di hampir setiap gerai yang terdapat dalam kawasan pasar malam ini. Seharusnya badan-badan yang berkaitan dan bertanggungjawab dapat menegur akan permasalahan ini agar tidak terus menular penggunaannya dalam masyarakat.

Kisahku...minggu ketiga.

18 / 02 / 2011 (jumaat)

pukul 11.00 pagi.

Sewaktu di restoran yang berdekatan dengan kampus utama untuk makan tengahari, saya sekali lagi terdengar seseorang menyebut perkataan yang melanggari hukum D-M dalam bahasa melayu iaitu “azizah restoran” sepatutnya “restoran azizah”. kerana apa-apa yang hendak diterang mestilah terlebih dahulu daripada apa-apa yang ingin menerangkannya. Mungkin kita akan mengatakan Perdana Menteri itu salah dari segi hukum D-M, namun Perdana Menteri telah mendapat pengecualian dalam hukum D-M ini.

Kisahku...minggu ketiga.

18 / 02 / 2011 (khamis)

pukul 10 malam

Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya seperti :
Ibunya bekerja di sekolah itu.
Kata sendi nama di tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman seperti :
Raja Iskandar memerintah di zaman itu. Sepatutnya :
Raja Iskandar memerintah pada zaman itu.

Manakala, kata sendi nama “ di ” seharusnya dirapatkan ejaannya apabila bertemu dengan kata kerja dan bagi menunjukkan ayat itu adalah ayat pasif seperti ditendang, diterajang, dipukul dan seumpamanya lagi. Cuba perhatikan petikan teks dalam gambar di atas, kesalahan penggunaan bahasa terdapat pada frasa “ diatas ” yang dirangkumkan atau dirapatkan ejaannya. Atas bukan kata kerja yang menunjukkan perbuatan jadi kata sendi “ di ” tidak boleh dirapatkan ejaannya.

Kisahku...minggu ketiga.

17 / 02 / 2011 (Khamis)

pukul 8.00 pagi

Sewaktu menunggu bas pagi tadi, saya telah terdengar salah seorang pelajar telah menyebut kosa kata yang salah dari segi penyebutannya iaitu melanggar hukum D-M dalam bahasa melayu iaitu “goreng pisang” sepatutnya “pisang goreng” kerana apa-apa yang hendak diterang mestilah terlebih dahulu daripada apa-apa yang ingin menerangkannya. Rujuk tatabahasa Dewan untuk penerangan lebih lanjut lagi.

Kisahku...minggu ketiga.

16 / 02 / 2011 (Rabu)

pukul 4.00 petang

Setiap hari rabu saya hanya mempunyai kelas sebelah petang sahaja, namun hari ini secara tiba-tiba hati saya tergerak untuk menziarahi perpustakaan UPSI, huhuhu.....sewaktu semua pelajar termasuk saya sedang beratur menunggu giliran untuk menaiki bas, tiba-tiba terdapat dua orang pelajar perempuan telah “berperang mulut”. Antara perkataan-perkataan yang terkeluar daripada mulut mereka ialah “babi, setan, haram jadah, dan lain-lain lagi”. Bahasa-bahasa sebegitu tidak sepatutnya kita gunakan dalam kehidupan seharian kita. Bahasa melambangkan jiwa bangsa. Baik atau buruk bahasa yang digunakan itulah yang melambangkan identiti kita.

Kisahku...minggu ketiga.

15 / 02 / 2011 (selasa)

pukul 2.00 petang

Ruangan cerita kartun dalam sesuatu akhbar atau majalah sememangnya menjadi salah satu daripada ruangan yang paling suka dibaca oleh masyarakat kita pada hari ini. Namun, jika diperhatikan ruangan ini juga mampu memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat, sama ada pengaruh positif mahupun negatif . Salah satu daripada pengaruh yang mampu dibawa oleh ruangan ini selain isi ceritanya atau mesej yang ingin disampaikan ialah dari segi bahasa yang digunakan. Cuba perhatikan petikan dialog di atas, percampuran bahasa tidak sepatutnya berlaku.

Jika kita ingin menggunakan bahasa Inggeris maka gunakanlah bahasa Inggeris sepenuhnya dan sebaliknya juga bagi bahasa Melayu. “ i dan u ” dalam dialog di atas sepatutnya ditukarkan dan digunakan dalam bahasa Melayu atau teks dialog tersebut digunakan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Begitu juga dengan ayat yang digunakan seharusnya dinilai dari segi tatabahasanya seperti kedudukan subjek, predikat, dari segi kesonsangan ayat dan seumpamanya lagi kerana ruangan ini mampu mempengaruhi bahasa yang akan digunakan oleh ahli-ahli masyarakat dalam kehidupan sehari-hariannya.

Kisahku...minggu kedua.

26 / 01 / 2011 (Rabu)

pukul 10.00 pagi

Seperti kebiasaannya, setiap kali saya hendak balik ke rumah semestinya saya akan melalui ruang legar pejabat kolej Harun Aminurrashid terlebih dahulu kerana saya mennggunakan lift yang berdekatan dengannya. Sewaktu saya melalui ruang legar tersebut, saya dengan tidak sengaja atau secara spontan telah terdengar kerani atau salah seorang daripada pekerja pejabat kolej tersebut telah menyebut sepotong ayat yang salah dari segi tatabahasanya. Kerani tersebut telah menyebut “ borang kau-kau mana?”. Ayat yang betul sepatutnya ialah “borang awak semua ada atau tidak?”. Jika kita lihat, penggunaan bahasa juga amat penting, terutama dari segi kesopanannya. Jika kita menggunakan nada yang lembut dan bersopan semestinya sesuatu percakapan itu akan menjadi lebih baik lagi seperti ayat dalam pembetulan ayat di atas itu tadi.

Kisahku...minggu kedua.

25 / 01 / 2011 (SELASA)

Pukul 9.00 malam.

Semasa saya dan rakan sebilik dalam perjalanan ke kedai makan, semasa melintasi pondok pengawal kolej kediaman saya iaitu Kolej Harun Aminurrashid, saya telah terdengar satu dialog pendek di antara Pak Cik pengawal dengan salah seorang penghuni lain yang sama kolej dengan saya. Dalam dialog tersebut terdapatnya beberapa kesalahan dari segi penggunaan bahasa yang betul. Kita ikuti dialog mereka di bawah ini.

Pak Cik pengawal : daripada mana kamu semua datang ini? Kad matrik mana?
Pelajar : ooh...saya mari rumah kawan tadi, Kad matrik ada dalam beg....
Pak Cik pengawal : jangan simpan kad tu...pakai sekarang.....
Pelajar : baiklah Pak Cik.

Sepatutnya, jika kita meneliti ayat dan dari segi penggunaan kosa kata yang betu ladalah seperti dibawah ini.

Pak Cik pengawal : kamu semua datang dari mana? Kad matrik kamu semua di mana?
Pelajar : ooh....saya daripada rumah kawan sebentar tadi, kad matrik ada di dalam beg....

Kisahku...minggu kedua.

24 / 01 / 2011 (isnin)

pukul 10.00 malam

Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila, dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel -kah. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut :

Harga barang itu berapa ?

Selain itu, terdapat tiga bentuk kata ganti nama yang digunakan juga sebagai kata tanya, iaitu apa, siapa dan mana, contohnya :

Yang di dalam kotak itu apa?
Baju baharu saya mana?

Jadi, kesimpulannya, kata tanya tidak boleh sama sekali berada ditengah-tengah ayat seperti dalam gambar dalam ayat di atas kecuali berlaku penambahan partikal -kah dihujungnya dan penggandaan kata tanya seperti apa-apa, mana-mana yang membolehkannya untuk berada ditengah ayat.

Kisahku...minggu kedua.

23 / 01 / 2011 (Ahad)

Pukul 9.00 malam

Semasa saya ke rumah kawan saya di kolej kediaman Kha, sewaktu di dalam rumahnya, terdapat beberapa orang pelajar yang sedang berdiskusi tentang tajuk tugasan kumpulan yang telah diberikan oleh pensyarah mereka. Sewaktu berlangsungnya diskusi itu, saya secara tidak sengaja telah terdengar perbincangan mereka itu tadi. Mereka telah mencampuradukkan penggunaan bahasa inggeris dengan bahasa melayu yang tidak sepatutnya dilakukan. Dengar dialog mereka dibawah :

Pelajar A : i rasa confius sangat dengan our lecture.
Pelajar B : o...ye ke....
Pelajar C : i pun sama Ngoh....
Pelajar B : u sudah finish ke kita punya kerja?...

Jika kita perhatikan ayat di atas, terdapat percampuran bahasa inggeris dan bahasa pasar dengan bahasa melayu. Seboleh-bolehnya, kita haruslah menggunakan satu-satu jenis bahasa sahaja pada sesuatu masa. Jika bahasa inggeris, maka gunakan bahasa inggeris sepenuhnya untuk satu ayat yang lengkap dan sebaliknya untuk bahasa lain, seperti di bawah :

Pelajar A : i’m feel so confius with our lecture.
Pelajar B: really.....
Pelajar C: same with me Ngoh.....
Pelajar B: are you already finished our work?.....

Atau, seperti di bawah :

Pelajar A: i’m feel so confius with our lecture.
Pelajar B : betul ke....
Pelajar C : same with me Ngoh.....
Pelajar B : awak telah menyiapkan kerja kita ke?

Kisahku...minggu kedua.

22 / 01 / 2011 (sabtu)

pukul 2.15 petang.

sewaktu di kawasan berdekatan masjid, saya telah melihat satu papan tanda yang menggunakan percampuran kosa kata bahasa melayu dan bahasa inggeris “ Parking motosikal ”, bahasa rojak sebegini sebenarnya selalu digunakan dalam masyarakat kita pada hari. Sepatutnya “ tempat letak motosikal ”, atau “ motocyle parking ”. mungkin perkara ini nampak biasa, tetapi jika dibiarkan penggunaannya makin sehari, makin meluas penggunaannya. Oleh sebab itu, badan-badan yang bertanggungjawab seharusnya selalu membuat penilaian dan pemantauan terhadap papan-papan tanda yang digunakan dalam masyarakat.

Kisahku...minggu pertama.

21 / 01 / 2011 (JUMAAT)

Pukul 3.00 petang

Cuba perhatikan petikan teks di atas, terdapatnya kesalahan ejaan yang amat ketara dalam ayat tersebut. “ gumbira ”, sepatutnya ejaan yang betul ialah “gembira ”. Jika diteliti mungkin kita melihat ayat di atas itu bersahaja, namun penggunaan seperti ini jika dibiarkan pastinya akan menjadi salah satu “ penyakit Bahasa ” untuk suatu tempoh masa nanti. Majalah-majalah yang terdapat di pasaran merupakan salah satu daripada bahan yang menjadi kesukaan terutama golongan Remaja hari ini. Kesalahan ini jika tidak dipantau, pastinya akan memberi kesan yang negatif kepada masyarakat, khususnya golongan Remaja. Selain itu, budaya seperti ini pastinya akan membawa masalah dalam sesuatu proses pembelajaran di Sekolah nanti, terutama dalam mengeja sesuatu perkataan dengan betul kerana mereka telah terbiasa dengan ejaan yang salah seperti dalam petikan di atas. Perkara ini sepatutnya tidak dianggap remeh oleh pihak berwajib dalam membina generasi yang mempunyai lambang dan identiti sebagai salah seorang ahli masyarakat yang bergelar “ Melayu ”.

Kisahku...minggu pertama.

20 / 01`/ 2011 (Khamis)

Pukul 7.30 a.m

Sewaktu kami semua iaitu pelajar-pelajar Upsi berebut-rebut dan bertolak-tolak di antara satu sama lain hendak menaiki bus dari KHA ke Proton City, saya telah terdengar penggunaan ayat dan kata yang mencarut yang telah terkeluar secara spontan dari mulut salah seorang pelajar yang saya sendiri tidak kenali. Pelajar tadi telah menyebut “ nate bengong pijak kasut aku!!!”, penggunaan ayat yang mencarut ini telah dicampuri sekali dengan dialek negeri tempatan.

Sepatutnya, walaupun kita terkejut, kita tidak boleh mengeluarkan kata-kata yang kesat kepada orang lain kerana jika kita lihat dari segi hukum sekalipun, kata-kata kesat tidak boleh digunakan. Bagi mereka yang beragama islam, kata-kata spontan terbaik yang patut dilafazkan andai jika kita terkejut dengan sesuatu ialah “allahuakhbar”, atau “astargfirullahhala’azim”. Sebaik-baik kata adalah kata yang mengingatkan kita kepada Allah s.w.t.

Kisahku...minggu pertama.

19 / 01 / 2011 (Rabu)

pukul 9.30 malam.

Kebiasaannya selepas makan lewat malam, saya akan mengambil masa untuk membaca buku-buku seperti majalah hiburan dan seumpamanya sementara menunggu kelegaan perut selepas makan. Semasa membaca salah satu daripada majalah kesukaan saya pada malam itu, saya secara tidak sengaja telah terbaca satu petikan ayat yang terdapatnya kesalahan dari segi penggunaan bahasa.

Jika kita perhatikan petikan teks dalam gambar di atas, terdapatnya beberapa kesalahan bahasa seperti terdapatnya unsur lewah, percampuran penggunaan istilah bahasa asing dengan bahasa Melayu dan beberapa kesalahan lagi.

“ ia ” dan “ nya ” , tidak boleh digunakan bersama dalam ayat kerana “ ia ” menunjukkan ganti diri bagi orang ketiga dan “ nya ” juga menunjukkan ganti diri bagi orang ketiga juga. Pastinya kosa kata ini akan menjadi seperti “ iaia ” atau “ nyanya ” kerana kedua-duanya mempunyai maksud yang sama. Begitu juga dengan percampuran bahasa Inggeris dalam ayat di atas iaitu “ sold out ” yang membawa maksud sudah habis dijual. Sepatutnya istilah bahasa Inggeris itu tadi ditukar dan sepenuhnya ayat dalam bahasa Melayu kecuali istilah-istilah tertentu seperti nama kumpulan nyanyian, syarikat dan seumpamanya lagi. Ayat di atas sepatutnya seperti di bawah ini :

“...... Pada mulanya kami cetak 1000 unit kaset dan 1000 unit CD, tetapi dalam masa 24 jam ia telah habis dijual!, perasaan kami ketika itu, “ wah! ”......”

Kisahku...minggu pertama.

18/01/2011 (selasa)

Pukul 8.00 pagi

Semasa saya dari rumah hendak ke kampus, sewaktu di depan pintu lift, sementara menunggu lift, saya telah terdengar perbualan di antara dua orang mak cik tukang sapu. Dalam dialog tersebut, terdapatnya kesalahan dari segi penggunaan bahasa yang sepatutnya dan betul. Dengar dialog mereka dibawah :

Mak cik A : itu orang bising-bising ganggu orang tido semalam.
Mak cik B : itu macam kah!!!!
Mak cik A : itu anak sudah tido tidak boleh. Sudah ganggu......

Jika kita teliti, terdapat beberapa kesalahan ayat yang terdapat pada dialog di atas yang sempat saya perhatikan. Terdapatnya penggunaan ayat terbalik dan percampuran penggunaan bahasa pasar. Sepatutnya seperti di bawah :

Mak cik A : semalam ada orang membuat bising dan telah menggangu ketenteraman awam lain untuk tido.
Mak cik B : betul ke!!!
Mak cik A : anak-anak saya semua tidak boleh tido kerana diganggu bunyi bising itu tadi..

Kisahku...minggu pertama.

17 / 01 / 2011