Followers

Thursday 17 March 2011

sekadar bingkisan........

17 / 03 / 2011


Kata nama tunggal juga merangkumi kata nama akronim, iaitu perkataan yang dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan. Bahagian-bahagian perkataan itu boleh terdiri daripada huruf, suku kata, atau bahagian daripada perkataan.

Berdasarkan cara percantuman bahagian-bahagian perkataan itu, kata nama akronim boleh dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat jenis, iaitu :

• kata nama akronim cantuman huruf awal perkataan.

• kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan.

• kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan.

• kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya.

i ) kata nama akronim cantuman huruf awal perkataan.

Kata nama akronim yang dibentuk melalui percantuman huruf awal beberapa perkataan kebanyakkannya terdiri daripada nama khas : oleh itu, dieja dengan huruf besar keseluruhannya, contohnya :

ADUN – Ahli Dewan Undangan Negeri.

ABIM – Angkatan Belia Islam Malaysia.

ii ) kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan

kata nama akronim jenis ini terhasil daripada cantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan. Kata nama akronim jenis ini juga membentuk kata nama khas : oleh itu, ejaannya juga bermula dengan huruf besar, contohnya :

Perhilitan – Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara.

Proton – Perusahaan Otomobil Nasional.

Iii ) kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan.

Kata nama akronim jenis ini dibentuk melaui percantuman suku kata awal sejumlah perkataan. Jikalau yang terbentuk itu kata nama khas, ejaannya bermula dengan huruf besar, contohnya :

Bernama – Berita Nasional Malaysia.

Tadika – taman didikan kanak-kanak.

Kugiran – kumpulan gitar rancak.

Iv ) kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian bukan awal perkataan yang lain, contohnya :

Jentolak – jentera tolak.

Jenama – jenis nama.


Jika kita teliti petikan dalam gambar di atas, kata nama akronim “kugirang” telah dieja secara salah, dan hal ini mungkin akan menyebabkan makna asalnya berubah. Rujuk (iii).

No comments:

Post a Comment