Followers

Wednesday 16 March 2011

Kisahku...minggu pertama.


19 / 01 / 2011 (Rabu)

pukul 9.30 malam.

Kebiasaannya selepas makan lewat malam, saya akan mengambil masa untuk membaca buku-buku seperti majalah hiburan dan seumpamanya sementara menunggu kelegaan perut selepas makan. Semasa membaca salah satu daripada majalah kesukaan saya pada malam itu, saya secara tidak sengaja telah terbaca satu petikan ayat yang terdapatnya kesalahan dari segi penggunaan bahasa.

Jika kita perhatikan petikan teks dalam gambar di atas, terdapatnya beberapa kesalahan bahasa seperti terdapatnya unsur lewah, percampuran penggunaan istilah bahasa asing dengan bahasa Melayu dan beberapa kesalahan lagi.

“ ia ” dan “ nya ” , tidak boleh digunakan bersama dalam ayat kerana “ ia ” menunjukkan ganti diri bagi orang ketiga dan “ nya ” juga menunjukkan ganti diri bagi orang ketiga juga. Pastinya kosa kata ini akan menjadi seperti “ iaia ” atau “ nyanya ” kerana kedua-duanya mempunyai maksud yang sama. Begitu juga dengan percampuran bahasa Inggeris dalam ayat di atas iaitu “ sold out ” yang membawa maksud sudah habis dijual. Sepatutnya istilah bahasa Inggeris itu tadi ditukar dan sepenuhnya ayat dalam bahasa Melayu kecuali istilah-istilah tertentu seperti nama kumpulan nyanyian, syarikat dan seumpamanya lagi. Ayat di atas sepatutnya seperti di bawah ini :

“...... Pada mulanya kami cetak 1000 unit kaset dan 1000 unit CD, tetapi dalam masa 24 jam ia telah habis dijual!, perasaan kami ketika itu, “ wah! ”......”

No comments:

Post a Comment