26 / 01 / 2011 (Rabu)
pukul 10.00 pagi
Seperti kebiasaannya, setiap kali saya hendak balik ke rumah semestinya saya akan melalui ruang legar pejabat kolej Harun Aminurrashid terlebih dahulu kerana saya mennggunakan lift yang berdekatan dengannya. Sewaktu saya melalui ruang legar tersebut, saya dengan tidak sengaja atau secara spontan telah terdengar kerani atau salah seorang daripada pekerja pejabat kolej tersebut telah menyebut sepotong ayat yang salah dari segi tatabahasanya. Kerani tersebut telah menyebut “ borang kau-kau mana?”. Ayat yang betul sepatutnya ialah “borang awak semua ada atau tidak?”. Jika kita lihat, penggunaan bahasa juga amat penting, terutama dari segi kesopanannya. Jika kita menggunakan nada yang lembut dan bersopan semestinya sesuatu percakapan itu akan menjadi lebih baik lagi seperti ayat dalam pembetulan ayat di atas itu tadi.
untuk berjaya dalam sesuatu perkara, salah satu perkara utama yang perlu kita lakukan ialah dengan menongkah arus... namun, selalunya kita akan dipandang serong oleh masyarakat sekeliling....dan saya selalu "menghijrahkan" diri saya kerana saya tahu setiap hijrah yang saya lakukan pastinya akan memberi 1001 kebaikan kepada saya....
No comments:
Post a Comment