16 / 02 / 2011 (Rabu)
pukul 4.00 petang
Setiap hari rabu saya hanya mempunyai kelas sebelah petang sahaja, namun hari ini secara tiba-tiba hati saya tergerak untuk menziarahi perpustakaan UPSI, huhuhu.....sewaktu semua pelajar termasuk saya sedang beratur menunggu giliran untuk menaiki bas, tiba-tiba terdapat dua orang pelajar perempuan telah “berperang mulut”. Antara perkataan-perkataan yang terkeluar daripada mulut mereka ialah “babi, setan, haram jadah, dan lain-lain lagi”. Bahasa-bahasa sebegitu tidak sepatutnya kita gunakan dalam kehidupan seharian kita. Bahasa melambangkan jiwa bangsa. Baik atau buruk bahasa yang digunakan itulah yang melambangkan identiti kita.
untuk berjaya dalam sesuatu perkara, salah satu perkara utama yang perlu kita lakukan ialah dengan menongkah arus... namun, selalunya kita akan dipandang serong oleh masyarakat sekeliling....dan saya selalu "menghijrahkan" diri saya kerana saya tahu setiap hijrah yang saya lakukan pastinya akan memberi 1001 kebaikan kepada saya....
No comments:
Post a Comment