14 / 03 / 2011
Jika kita melihat kepada petikan dalam gambar dalam teks di atas, “ulangtahun” telah dieja secara rapat dan hal ini salah kerana ulangtahun bukan kata majmuk yang telah mantap.
Kata nama majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh disisipkan kepada sebarang unsur. Kata nama majmuk dalam bahasa Melayu besar jumlahnya. Kata nama majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
• Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas seperti guru besar.
• Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah seperti temu duga dan,
• Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan seperti cakar ayam.
Selain itu, terdapat juga kata majmuk yang telah mantap ejaannya walaupun kata tersebut mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan., seperti bumiputra, jawatankuasa dan banyak lagi. Dalam petikan dalam gambar di atas, ulangtahun bukanlah kata majmuk yang telah mantap jadi perlu dieja secara terpisah ulangtahun.
untuk berjaya dalam sesuatu perkara, salah satu perkara utama yang perlu kita lakukan ialah dengan menongkah arus... namun, selalunya kita akan dipandang serong oleh masyarakat sekeliling....dan saya selalu "menghijrahkan" diri saya kerana saya tahu setiap hijrah yang saya lakukan pastinya akan memberi 1001 kebaikan kepada saya....
No comments:
Post a Comment