Followers

Wednesday 16 March 2011

Kisahku.....lagi.

13 / 03 / 2011 (ahad)


Seperti biasa muka belakang akhbar sememangnya berkenaan dengan sukan. Cuba perhatikan “ Final Impian ”, kita semua sedia maklum bahawa final merupakan istilah bahasa Inggeris yang membawa maksud akhir. Sepatutnya percampuran seperti di atas tidak berlaku. Jika ingin menggunakan bahasa Inggeris maka gunakanlah sepenuhnya bahasa Inggeris seperti “ Final Hope “ dan jika ingin menggunakan bahasa Melayu maka gunakanlah bahasa Melayu sepenuhnya seperti “ Impian Terakhir “.
Media sememangnya berperanan penting dalam memartabatkan Bangsa dan Bahasa kerana media merupakan salah satu daripada wadah utama dalam menyampaikan dan menyebarkan sesuatu perkara umumnya kepada masyarakat di Negara ini. Jika peranan ini tidak dilaksanakan dengan betul pasti kesannya akan dirasai oleh generasi yang akan datang.

No comments:

Post a Comment