Followers

Wednesday 16 March 2011

Kisahku...minggu keempat.

24 / 02 / 2011 (khamis)

pukul 5.30 petang

Pada petang tadi rakan sebilik saya telah meminta saya untuk menemaninya ke pasaraya untuk membeli barangan keperluan harian. Saya dengan hati yang terbuka telah menerima pelawaannya itu kerana salah satu daripada hobi saya ialah berjalan-jalan, walaupun tempat yang ingin dituju itu hanyalah sebuah pasaraya. Semasa saya dan dia sedang memilih barang-barang keperluan di dalam pasaraya yang agak besar dan tidak jauh dari pekan Tanjung Malim ini, secara tidak sengaja juga sewaktu melintasi bahagian kios yang menjual jam tangan dan cincin-cincin, saya telah terdengar dialog pendek di antara seorang penjual dengan pembeli yang terdapatnya kesalahan tatabahasa iaitu dari segi penggunaan penjodoh bilangan yang tidak tepat.

Penjual : try la kak cincin ni!....ada banyak pilihan ni, cincin baru sampai semua ni....
Pembeli : o..ye ke, harga macam mana ni dik?...
Penjual : kak tengok-tengok dulu kot-kot ada yang tertawan di hati..
Pembeli : harga tak tahu lagi, takut gak nak pilih-pilih ni, mahal nantikan!...
Penjual : sebuah cincin ni berharga rm100 hingga ke rm250 je kak.....

Sepatutnya, penjodoh bilangan yang sesuai bagi cincin ialah “sebentuk cincin” bukannya “sebuah cincin”. Sebuah biasa kita gunakan untuk menyatakan sesuatu seperti kereta, rumah, motosikal dan seumpamanya lagi. Sila rujuk tatabahasa dewan untuk penerangan yang lebih lanjut bagi penjodoh bilangan. selain itu, terdapat banyak lagi kesalahan bahasa lain dalam dialog itu tadi seperti baru sebetulnya baharu dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment