25 / 02 / 2011 (jumaat )
pukul 10.00 malam
Dalam gambar di atas, terdapat banyak kesalahan tatabahasa seperti “di kalangan” yang sepatutnya “ dalam kalangan”, ayat yang tidak gramatis dan banyak lagi. Namun, saya hanya ingin menyentuh tentang percampuran bahasa sahaja. Percampuran bahasa rojak seperti di atas sekali lagi telah memberikan kesan yang negatif kepada para pembaca. Hal ini sedia maklum, umumnya mengetahui golongan majoriti yang membaca majalah adalah golongan Remaja kita pada hari ini. Frasa “ Sound chek” contohnya, sepatutnya dimelayukan menjadi “ menguji bunyi” dan begitu juga dengan frasa-frasa lain yang terdapat dalam ayat dalam gambar di atas, atau jika ingin menggunakan bahasa Inggeris maka gunakanlah bahasa Inggeris sepenuhnya.
Kesan yang paling ketara ialah kepada pelajar-pelajar sekolah yang mungkin boleh mempengaruhi mereka dalam penggunaannya sewaktu proses pembelajaran di sekolah nanti sama ada secara lisan mahupun tulisan.
untuk berjaya dalam sesuatu perkara, salah satu perkara utama yang perlu kita lakukan ialah dengan menongkah arus... namun, selalunya kita akan dipandang serong oleh masyarakat sekeliling....dan saya selalu "menghijrahkan" diri saya kerana saya tahu setiap hijrah yang saya lakukan pastinya akan memberi 1001 kebaikan kepada saya....
No comments:
Post a Comment