Followers

Wednesday 16 March 2011

Kisahku...minggu kelima.

2 / 03 / 2011 (Rabu)

Salah satu kursus yang saya ambil pada semester ini ialah kursus drama amali seni lakon. Kebiasaannya sewaktu dalam kuliah drama ini, para pelajar banyak diajar secara praktikal untuk berdrama dengan baik. Sewaktu salah seorang daripada kawan saya sedang membuat praktikal drama di hadapan kelas, saya telah terdengar terdapatnya satu kesalahan bahasa yang telah terkeluar daripada mulut kawan saya itu, iaitu “saya akan ke sana!, beta berasa sungguh hairan, sedangkan.......”. berdasarkan pembelajaran saya sebelum ini, bahasa sememangnya mempunyai larasnya yang tersendiri. Terdapat beberapa jenis laras bahasa termasuklah salah satu daripadanya ialah laras bahasa istana. Sebetulnya, bahasa yang digunakan dalam setiap laras ini tidak boleh bercampur dengan laras-laras bahasa yang lain. Jika kita menggunakan bahasa istana, maka gunakan sepenuhnya dan tidak boleh mencampuradukkannya dengan laras bahasa yang lain. Dalam kes di atas, kita sedia maklum bahawa gelaran diri bagi sultan atau raja ialah beta dan bukannya saya. Walaupun itu hanyalah sebuah lakonan semata-mata, namun hal-hal sebegini seharusnya dipandang dengan sewajarnya. Namun saya juga tidak mendapat kepastian sama ada skrip itu tersalah taip atau seumpamanya, yang pasti terdapatnya kesalahan penggunaan bahasa di situ. Sekian. Huhuhu...jangan mare ye.....

No comments:

Post a Comment