22 / 02 / 2011 (selasa)
pukul 2.00 petang.
Kuliah saya pada hari selasa sememangnya agak padat. Kebiasaannya, saya akan solat zohor di surau Hal-ehwal Pelajar UPSI sebelum menghadiri kuliah seterus yang bermula pada pukul 2 petang di dewan kuliah C yang terletak berhadapan dengan bangunan HEP. Sewaktu saya sedang meletakkan motosikal saya di tempat letak motosikal yang telah di sediakan khas untuk pelajar-pelajar, secara tidak sengaja saya telah terdengar salah seorang daripada pelajar UPSI yang sama dengan saya juga sedang meletakkan motosikalnya, telah mengeluarkan sepotong ayat yang agak kasar dan kesat iaitu “babi mana buat sampah dalam raga motosikal aku ni!”. Sebagai pelajar sepatutnya bahasa sebegitu tidaklah sesuai digunakan andai kita dalam keadaan marah yang teramat sekalipun. Sesungguhnya kesabaran itu juga separuh daripada iman. Bahasa yang kita gunakan secara tidak langsung telah melambangkan tahap ilmu dan personaliti peribadi kita sendiri bagi masyarakat sekeliling kita yang melihat dan mendengar amnya.
untuk berjaya dalam sesuatu perkara, salah satu perkara utama yang perlu kita lakukan ialah dengan menongkah arus... namun, selalunya kita akan dipandang serong oleh masyarakat sekeliling....dan saya selalu "menghijrahkan" diri saya kerana saya tahu setiap hijrah yang saya lakukan pastinya akan memberi 1001 kebaikan kepada saya....
No comments:
Post a Comment